UPSB BINA KAMPUS UUMKL DAN HOTEL DI KUALA LUMPUR
Oleh : Junaidah Mohd Yusof
Sintok - 14 September - Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) dan Yayasan Guru MAlaysia Berhad (YMGB) hari ini telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pembangunan hartanah di Kuala Lumpur.
Dalam Majlis menandatangani MoU itu YGMB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan MUnaidi Wan Mamat, manakala UPSB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Suardi Mohamed Zakaria. Turut hadir sama Yang berhormat Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, Pengurusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Ahli Lembaga Pengarah UPSB, DAtuk Hashim Suboh.
Uniutama Property Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 14 Mac 2004 dengan modal berbayar sebanyak RM5,000,000.00. UPSB merupakan salah satu daripada subsidiari Uniutama Management Holdings Sdn. BHd. (UMHSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).
UPSB telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan di kampus UUM. UPSB dibahagikan kepada enam unit iaitu Unit Ibu Pejabat (HQ), Unit Perkhidmatan Pembersihan, Unit Health & Hygiene (H&H), Unit Kenderaan Jentera & Mekanikal (KJM), UNit Aset Hartanah & Perabut (AHP) serta UNit yang baru ditubuhkan pada 2013 iaitu Unit Taman Botani & Pagar Sempadan setelah syarikat telah dianugerahkan dengan kontarak Penyegaraan Taman Botani Semulajadi, Taman Memancing, dusun-buah-buahan dan sempadan di kampus UUM Sintok.
Ini langkah permulaan sebuah perancangan hartanah strategik di ibu kota Kuala LUmpur bagi membangunkan projek UUM CK's Square. Pembangunan hartanah ini terletak di JAlan Haji HUssein, Seksyen 14, Chow KIt, Kuala Lumpur di atas tapak tanah seluar 1.48 ekar milik Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebuah bangunan Fakulti Othman Yeop Abdullah (OYA) Graduate School of Business UUM akan dibangunkan berdasarkan konsep "HArvard Square" di Cambridge, Massachusettes, USA dan sebuah bangunan hotel setinggi 12 tingkat.
MoU ini akan menyediakan rangka kerja sabgat baik di antara kedua-dua entiti perniagaan untuk meningkatkan kapsiti ruang pembelajaran di kampus Kuala Lumpur serta kemudahan bagi menampung peningkatan jumlah pelajar yang bakal diterima Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur (UUMKL).
Kedua-dua belah pihak ini akan terlibat secara langsung terhadap pengurusan dan penyelarasan projek ini. Melalui kerjasama ini faedah yang bakal diperolehi UPSB adalah memiliki sumber pendapatan yang konsisten dan berpotensi tinggil hasil kutipan sewaan daripada UUM.
Ini juga merupakan bukti bahawa UPSB sentiasa komited dalam usaha meningkatkan aktiviti perniagaan sejajar dengan matlamatnya bagi menyumbang kepada penjanaan sumber kepada shareholder dan stakeholder di dalam dan luar organisasi.
Selain aktiviti pembangunan hartanah, UPSB juga turut aktif dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan. Unit Tanaman Botani & Pagar Sempadan adalah salah sebuah unit dibawah Jabatan Pembersishan bersama-sama denga Kontrak Kolej Komuniti Kedah. yang baru diperolehi pada tahun 2014. Kontrak tersebut bermula pada tahun 2014 hingga tahun 2017 iaitu selama tiga (3) tahun.
Pihak UPSB telah merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan merangka strategi pemasaran yang mengfokuskan kepada sektor-sektor kerajaan dan swasta di kawasan utara bagi meningkatkan lagi pendapatan organisasi. Ini dibantu dengan pengalaman yang dimiliki oleh UPSB dalam melakukan kerja-kerja pembersihan landskap, kerja-kerja hygiene serta yang terbaru aktiviti perniagaan melibatkan pembekalan kenderaan dan pembaikkan melibatkan Jabatan Kenderaan Jentera & Mekanikal. Selain itu, UPSB juga memiliki pengalaman dalam perniagaan pembekalan perabot dan pengurusan hartanah.
-501-














